1. Terlibat sebagai Ucap Utama dalam Seminar Rawa Nusantara
2. Pada 13 November 2008 memberi bengkel kepada 80 orang guru-guru Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol Negeri Sembilan tentang bagaimana menjadi pengacara majlis dan menulis ucapan dengan menggunakan kata-kata adat.
3. Pada 11 November 2008 baru nak dipanggil untuk kenaikan pangkat yang saya tak pernah harap dan jika tidak diberi saya pasti akan berpindah.
4. Negeri Sembilan sebuah negeri yang unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. saya menyeru kepada golongan korporat yang berasal dari Negeri Sembilan dan bantulah kami untuk sama-sama memartabatkan semula adat dan budaya negeri. adat dan budaya negeri iniboleh kita jadikan sebagai sumber ekonomi negeri. kami ini ada semangat untuk memajukan adat dan budaya negeri tetapi kekurangan dana. banyak lagi perkara yang ingin kami lakukan ke arah menaikkan nama Negeri Sembilan. bantulah kami.
5. Kepantangan pemimpin, beriman di mulut, hati berlumut, beriman di lidah, hati menyalah, lidah bercabang, langkah menyilang, cakap berlecoh, perangai tak senonoh, tamak harta, mabuk dunia, loba pangkat, lupa akhirat, kemaruk puji, lupa diri, ke tengah memfitnah, ke tepi mendengki, ke laut menghasut, ke darat mengumpat, ke hulu menipu, ke hilir menyindir, ke atas mengampu, ke bawah melapah, ke gunung menyombong, ke lurah menista, berkawan dengan syaitan, berguru pada nafsu, beraja pada selera, bersahabat pada maksiat, berlabuh pada yang tak senonoh, berhenti pada yang keji, bergantung pada yang serong, berpijak pada yang merosak, bersandar pada yang engkar, berumah pada yang salah, aniaya pada saudara, khianat pada sahabat, iri ke anak isteri, muak ke orang banyak, derhaka ke orang tua, menghina pada yang muda, mencerca sama sebaya, bekerja malas, memimpin culas, bersusah malu, berpahit tak mahu, berbual menjual, menolong sombong, berjalan melendan, berdiri mengeji, berjanji engkar, bersumpah mungkar, duduk mengutuk, tegak membegak, berbudi mencaci, bersedekah mencerca, bertaring teking0-menenking, berkuku seteru-berseteru, berpangkat umpat mengumpat, berharta kata-mengata, berduit cubit mencubit, diberi tuah kerja menyalah, diberi daulat lupakan umat, diberikan kuasa lupakan bangsa, diberi petuah lupakan maruah, diberi ingat umpat mengumpat, diberi petunjuk kutuk mengutuk, diberi beban cari yang ringan, diberi tugas berlaku culas, diberi tanggungjawab laku menyelap, diberi kerja bermanja-manja, diberi bekal sesal-menyesal, mendapat sama laba, mendapat rezeki tambah mengiri, mendapat pangkat tambah khianat, mendapat untung bertambah sombong, bila tinggi lupakan diri,bila rendah berkeluh kesah, bila senang lupakan orang, bila kaya merajalela, bila miskin takut berlenjin, bila susah takut berlelah, bila sesak bertambah kemak, bila sakit bertambah sempit, ketika senang tidak memandang, ketika susah menyembah-nyembah, ketika kaya tak ingat saudara, ketika melarat mencari kerabat, bercakap mengulum lidah, berjanji tidak diisi, berpesan tidak diturutkan, menjemput tidak diikut, kerana serakah lupakan tuah, kerana tamak lupa ibu bapa, kerana loba lupa saudara, kerana kedekut lupa pengikut, kerana bakhil lupakan wakil, kerana dunia lupakan usia, kerana nafsu lupakan guru, kerena selera lupakan amanah, kerana pangkat lupakan sahabat, mengejar pangkat mahu menjilat.
Mengejar harta mahu melata, mengejar kedudukan mahu melendan, mengejar pengaruh mahu bergaduh, mengejar dunia mahu menganiaya, ke atas mengampu ke bawah memalu, ke atas memuji ke bawah mengeji, ke atas menjilat ke bawah menyebat, ke atas menyanjung ke bawah menyombong, ke atas menyembah ke bawah melapah, ke atas bermanis ke bawah menengkis, ke atas berelok-elok, ke bawah haruk mengaruk, ke atas berbaik-baik, ke bawah cekik mencekik, ke atas memberi, ke bawah mencuri, ke atas bersedap-sedap, ke bawah selap-menyelap, menimbang tidak seimbang, menyukat tidak sesukat, mengukur tidak seukur, menghukum memilih kaum, memakai tidak sesuai, menyuruh tidak senonoh, memerintah tidak semenggah, meminta dengan paksa, menjemput dengan bersungut, mengantar dengan kasar,
Dalam musyawarah berbantah-bantah, dalam berunding tuding-menuding, dalam helat cacat mencacat, sesama keluarga laga melaga, sesama kawan makan memakan, sesama sahabat sebat menyebat, sesama bangsa paksa memaksa, sama sedusun pulun-memulun, sama sekampung hasung menghasung, sama sedesa cerca mencerca, sama senegeri iri mengiri, hati goyang lidah bercabang, hati berkarat fikiran tumpat, hati berbulu tak tahu malu, hati berlumut kerja tak patut, hati busuk perangai buruk, hati sempit akal berbelit, hati lancung fikiran serong, hati gatal akal pun manjal, hati beku fikiran buntu, hati kecil akal pun kerdil, hati angkuh akal tak senonoh, hati tamak fikiran kemak, hati cemburu lidah bersembilu, hati iri lidak berduri, hati gelabah akal pun rendah, makan menyetan, minum mengeringkan, banyak ilmu beramal tak mahu, banyak harta bersedah tak suka, lupa hidup akan mati, lupa harta akan pergi, lupa musim akan berganti, lupa ilmu lupa diri.
