Monday, November 30, 2009

RAJA TEROMBA MALAYSIA!

Terima kasih kerana melayari laman ini yang penuh dengan pengalaman untuk memartabatkan seni budaya klasik. Tambahan pula yang dicurahkan ialah ada kaitan dengan jati diri yang sepatutnya diamalkan semula dalam masyarakat. Kita jangan lupa di mana bumi yang kita pijak. Banggalah dengan seni budaya bangsa sendiri. Sesungguhnya ia boleh menjadi benteng kepada kita untuk menghadapi gelombang globalisasi yang serba mencabar. Adat dan budaya sendiri jangan kita lupakan. Orang yang tidak berseni dan berbudaya sebenarnya adalah orang yang meningglkan tamadun. Saya juga cuba berjuang melalui adat di luar dari negeri sendiri iaitu Negeri Sembilan dan saya minta sokongan yang sewajarnya. Sesungguhnya perjuangan ini sangat besar dan banyak cabarannya. Saya mempunyai ribuan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak dan semuanya telah diserapkan tentang kehebatan Adat Perpatih terutama melalui bahasa yang indah iaitu teromba Adat Perpatih. Kejayaan membaca teromba 66 jam 53 minit sebagai alat untuk membuka mata bahawa adat melalui teromba ini boleh kita sebarkan melalui berbagai cara dan janganlah duduk di bawah kepompong dan cara lama sahaja. Cara yang terkini haruslah dijalankan

Yang disebutkan tunjuk ajar ialah petunjuknya mengandungi tuah, pengajarannya berisi maruah, petuahnya berisi berkah, amanahnya berisi hikmah, nasihatnya berisi manfaat, pesannya berisi iman, apa isi tunjuk ajar Melayu, pendinding aib, penjaga malu, penyuci akal, penenang kalbu, kepalanya Syarak, tubuhnya ilmu, sari akidah, patinya ilmu, mengekalkan tuah sejak dahulu, adat hidup orang Melayu, duduk tegak berganding bahu, seiring jalan ke hilir ke hulu, seia sekata seaib semalu.

No comments:

Post a Comment